Kajian IPSOS yang dikeluarkan pada Isnin melaporkan rakyat Malaysia kini mula merasai tekanan terhadap aspek kewangan peribadi mereka susulan kebimbangan mengenai inflasi dan kos sara hidup dalam kalangan orang ramai. <br /><br />Kenaikan kadar faedah yang dijangka akan berlaku memberi kesan kepada 4 daripada 10 orang rakyat Malaysia dalam bentuk pendapatan boleh guna yang lebih rendah dalam masa terdekat, menyebabkan penurunan taraf hidup mereka.
